Monday, August 17, 2009

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Sekejap jer rasanya masa berlalu, InsyaAllah kalau dipanjangkan umur, kita akan menunaikan rukun Islam yang ke-3, Berpuasa dibulan Ramadhan. Sempena bulan puasa yang bakal tiba, saya ingin mengambil kesempatan, untuk memohon maaf atas segala salah silap, ketelanjuran bahasa dan apa sahaja yang kurang menyenangkan sesiapa sahaja. Semoga segala amal kebaikan kita sepanjang bulan yang mulia ini akan diterima oleh ALLAH SWT dan mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Untuk sambutan syawal, berpada-padalah yer...jangan membazir sangat, maklumla ada yang nak shopping SEMUA BARU...nak tukar semua baru...dengan kemampuan yang kita ada jer la.
Sambil-sambil prepare untuk menyambut ramadhan nih, (nak beli kurma, nak beli lauk instant-sardin, telur) jangan lupa sembahyang terawikh. Tahun ni, InsyaAllah saya bergilir-gilir ngan Mak & adik tuk jaga Adam, so dapatla jugak terawikh berjemaah. Dalam bulan yang penuh barakah ini jugakla, Ahli keluarga kita yang telah pergi sebelum kita dilepaskan, so sedekahkan la sebanyak mana doa-doa kita untuk mereka. Bagi seluruh ahli keluarga saya, mengingati arwah ayah dengan doa, al-fatihan, mudah-mudahan segala amal kebaikan kami diterima Allah dan disampaikan kepada Arwah ayah tersayang. Dan saya berharap, saya dapat bertemu ayah walaupun didalam mimpi. I really miss my father so much!!!, sob..sob..
Beringat la selalu yer...Jaga diri jaga peribadi, jaga amalan kita, dalam kesibukan dan keghairahan kita, Jangan abaikan tanggungjawab untuk bekalan kita disana. Semoga Ramadhan ini menginsafkan kita dan menjadikan kita lebih bertanggungjawab.
Salam RamadhaN