Wednesday, December 30, 2009

2009 Berlalu Sebagai Kenangan

Mengimbas apa yang berlaku sepanjang 2009 banyak menyedarkan aku tentang hubungan kekeluargaan yang erat. 2009 tidak akan sesekali luput dalam ingatan aku mahupun seluruh ahli keluarga ku. Tahun ini, aku kehilangan 3 orang yang paling dekat dan sangat disayangi. Arwah atuk, Hj Karim B Abdullah, atuk saudaraku abang kepada atuk aku sendiri, dan the only saudara kandung atuk yang masih ada. Namun Allah lebih menyayangi nya, walaupun diakhir usianya terpinggir dari anak-anaknya. Walaupun aku jarang bercakap dengan atuk, tapi aku sangat menyayangi atuk dan sedih dengan apa yang berlaku padanya. Sebulan lepas pemergian atuk, keadaan kesihatan ayah secara luarannya nampak baik, tetapi ujian MRI & CTScan menunjukkan sesuatu yang amat menakutkan. Ya Allah, perkara buruk yang aku selalu mimpikan kini berlaku didepan mata, hanya tuhan saja yang tau betapa takutnya mendengar keputusan yang diberikan. Teringat kata-kata ayah, 'Jangan bimbang, ayah dah biasa masuk hospital, ayah tak takutpun, ayah redha', aku angguk sambil menahan sebak. Aku sedaya upaya buat yang terbaik, tetapi wujud juga kekesalan, kerana adakalanya aku cuai dan leka. Maka pada 20hb March 2009 (Ahad), pada hari yang sama Farah berangkat ke Abu Dhabi, ayah telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir, dengan wajah yang tenang, disaksikan Mak dan adik2ku. Aku ingat lagi, waktu aku keluar dari ward tu sebab mak suruh bawak adam keluar, adam asyik merengek, tak sampai 5minit, Yoi lari keluar dan cakap Along cepat, ayah .......aku lari masuk, Ya Allah, Dr. tengah berusaha walaupun pada masa tu, mak dah peluk aku...dan aku beristigfar, ayah dah pergi selamanya.......
'Ayah' sinonim dengan tanggungjawab yang besar, seorang yang penyayang, penyabar dan yang paling baik, tiada tandingan. Ingatan ini akan kekal selamanya. Ia juga peringatan, bahawa tiada yang kekal selamanya, Mati merupakan pengakhiran kita didunia ini. Cuma doa sahaja yang dapat mengingatkan, membantu yang telah tiada. Semoga Ayah tenang disana, ayah telah diuji oleh Allah, Allah menguji hambanya untuk mengampunkan dosa-dosa, mendekatkan dr denganNya, merapatkan siratulrahim dan beringat selalu. Selagi hayat dikandung badan, ingatan terhadap ayah akan kekal selama-lamanya.
6 bulan selepas pemergian ayah, adik bongsu ayah, Busu Jali jatuh sakit dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada bulan Oktober yang lepas. Ya Allah, Engkau telah mengambil insan-insan yang kami sayang, kuatkan la semangat kami dan kukuhkan la Iman kami. Tangisan sekali lagi....di hari pengebumian Busu Jali, kami dikejutkan pula dengan berita yang menyedihkan, Adik perempuan ayah, Makcik Kiah (kakak Busu Jali) telah disahkan cancer dan terus mengingatkan kami apa yang telah dilalui. Ya Allah besar sungguh ujian Mu kepada keluarga ku. M.cik Kiah masih lagi dalam rawatan, dan Dr. menjangkakan 6 bulan untuk bertahan. Maha suci Allah, Kau kuatkanlah semangat hambaMu itu, tabahkan hati nya dan anak-anaknya, kau berikanlah petunjukMu.
2009 dr sudut yang menyedihkan, aku redha. Aku masih lagi meneruskan perkara-perkara rutin kehidupanku. InsyaAllah 2010 yang bakal dilalui (dengan izin Allah jua) akan memberikan hasil yang lebih baik dan mudah-mudahan ia bakal mengubah kehidupan dr dan keluarga ku. Mencipta kebahagiaan untuk Mak akan menjadi garis pengukur kebahagiaan aku. Beringat-ingat selalu, kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Ayah tetap dalam ingatan ~ Al-fatihah