Wednesday, December 30, 2009

2009 Berlalu Sebagai Kenangan

Mengimbas apa yang berlaku sepanjang 2009 banyak menyedarkan aku tentang hubungan kekeluargaan yang erat. 2009 tidak akan sesekali luput dalam ingatan aku mahupun seluruh ahli keluarga ku. Tahun ini, aku kehilangan 3 orang yang paling dekat dan sangat disayangi. Arwah atuk, Hj Karim B Abdullah, atuk saudaraku abang kepada atuk aku sendiri, dan the only saudara kandung atuk yang masih ada. Namun Allah lebih menyayangi nya, walaupun diakhir usianya terpinggir dari anak-anaknya. Walaupun aku jarang bercakap dengan atuk, tapi aku sangat menyayangi atuk dan sedih dengan apa yang berlaku padanya. Sebulan lepas pemergian atuk, keadaan kesihatan ayah secara luarannya nampak baik, tetapi ujian MRI & CTScan menunjukkan sesuatu yang amat menakutkan. Ya Allah, perkara buruk yang aku selalu mimpikan kini berlaku didepan mata, hanya tuhan saja yang tau betapa takutnya mendengar keputusan yang diberikan. Teringat kata-kata ayah, 'Jangan bimbang, ayah dah biasa masuk hospital, ayah tak takutpun, ayah redha', aku angguk sambil menahan sebak. Aku sedaya upaya buat yang terbaik, tetapi wujud juga kekesalan, kerana adakalanya aku cuai dan leka. Maka pada 20hb March 2009 (Ahad), pada hari yang sama Farah berangkat ke Abu Dhabi, ayah telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir, dengan wajah yang tenang, disaksikan Mak dan adik2ku. Aku ingat lagi, waktu aku keluar dari ward tu sebab mak suruh bawak adam keluar, adam asyik merengek, tak sampai 5minit, Yoi lari keluar dan cakap Along cepat, ayah .......aku lari masuk, Ya Allah, Dr. tengah berusaha walaupun pada masa tu, mak dah peluk aku...dan aku beristigfar, ayah dah pergi selamanya.......
'Ayah' sinonim dengan tanggungjawab yang besar, seorang yang penyayang, penyabar dan yang paling baik, tiada tandingan. Ingatan ini akan kekal selamanya. Ia juga peringatan, bahawa tiada yang kekal selamanya, Mati merupakan pengakhiran kita didunia ini. Cuma doa sahaja yang dapat mengingatkan, membantu yang telah tiada. Semoga Ayah tenang disana, ayah telah diuji oleh Allah, Allah menguji hambanya untuk mengampunkan dosa-dosa, mendekatkan dr denganNya, merapatkan siratulrahim dan beringat selalu. Selagi hayat dikandung badan, ingatan terhadap ayah akan kekal selama-lamanya.
6 bulan selepas pemergian ayah, adik bongsu ayah, Busu Jali jatuh sakit dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada bulan Oktober yang lepas. Ya Allah, Engkau telah mengambil insan-insan yang kami sayang, kuatkan la semangat kami dan kukuhkan la Iman kami. Tangisan sekali lagi....di hari pengebumian Busu Jali, kami dikejutkan pula dengan berita yang menyedihkan, Adik perempuan ayah, Makcik Kiah (kakak Busu Jali) telah disahkan cancer dan terus mengingatkan kami apa yang telah dilalui. Ya Allah besar sungguh ujian Mu kepada keluarga ku. M.cik Kiah masih lagi dalam rawatan, dan Dr. menjangkakan 6 bulan untuk bertahan. Maha suci Allah, Kau kuatkanlah semangat hambaMu itu, tabahkan hati nya dan anak-anaknya, kau berikanlah petunjukMu.
2009 dr sudut yang menyedihkan, aku redha. Aku masih lagi meneruskan perkara-perkara rutin kehidupanku. InsyaAllah 2010 yang bakal dilalui (dengan izin Allah jua) akan memberikan hasil yang lebih baik dan mudah-mudahan ia bakal mengubah kehidupan dr dan keluarga ku. Mencipta kebahagiaan untuk Mak akan menjadi garis pengukur kebahagiaan aku. Beringat-ingat selalu, kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Ayah tetap dalam ingatan ~ Al-fatihah

Monday, August 17, 2009

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Sekejap jer rasanya masa berlalu, InsyaAllah kalau dipanjangkan umur, kita akan menunaikan rukun Islam yang ke-3, Berpuasa dibulan Ramadhan. Sempena bulan puasa yang bakal tiba, saya ingin mengambil kesempatan, untuk memohon maaf atas segala salah silap, ketelanjuran bahasa dan apa sahaja yang kurang menyenangkan sesiapa sahaja. Semoga segala amal kebaikan kita sepanjang bulan yang mulia ini akan diterima oleh ALLAH SWT dan mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Untuk sambutan syawal, berpada-padalah yer...jangan membazir sangat, maklumla ada yang nak shopping SEMUA BARU...nak tukar semua baru...dengan kemampuan yang kita ada jer la.
Sambil-sambil prepare untuk menyambut ramadhan nih, (nak beli kurma, nak beli lauk instant-sardin, telur) jangan lupa sembahyang terawikh. Tahun ni, InsyaAllah saya bergilir-gilir ngan Mak & adik tuk jaga Adam, so dapatla jugak terawikh berjemaah. Dalam bulan yang penuh barakah ini jugakla, Ahli keluarga kita yang telah pergi sebelum kita dilepaskan, so sedekahkan la sebanyak mana doa-doa kita untuk mereka. Bagi seluruh ahli keluarga saya, mengingati arwah ayah dengan doa, al-fatihan, mudah-mudahan segala amal kebaikan kami diterima Allah dan disampaikan kepada Arwah ayah tersayang. Dan saya berharap, saya dapat bertemu ayah walaupun didalam mimpi. I really miss my father so much!!!, sob..sob..
Beringat la selalu yer...Jaga diri jaga peribadi, jaga amalan kita, dalam kesibukan dan keghairahan kita, Jangan abaikan tanggungjawab untuk bekalan kita disana. Semoga Ramadhan ini menginsafkan kita dan menjadikan kita lebih bertanggungjawab.
Salam RamadhaN

Saturday, July 25, 2009

Famili Ku Yang TERCINTA..

I luv my famili so much x kira dalam apa saja keadaan. Walaupun kadang-kadang ada gak rasa marah..but @ the end, chill seperti biasa. Waktu zaman budak2 yerla...kena marah sikit nak memberontak, nak mengamuk, sian mak ngan ayah kita, tapi bila dah besar..dah banyak lalui pengalaman hidup, terasa betapa kita hanya ada keluarga diatas dunia ni, apa2 yang terjadi kat kita, ref. kita hanya pada keluarga. But takdinafikan, ada yang taksayang family dia, mesti dengan reason yang sangat munsabah la, klu setakat xdapat apa yang kita nak 'nak ipod, nak laptop, nak latest hp la' pastu nak kata family tak baik la...yang macam ni memang patut diabaikan jer..menyusah kan orang tua jer..hehehe...moralnya makayah jangan manjakan sangat anak...(termasukla saya...hehe).

Famili saya, secara asasnya ada 8 orang, makayah+anak 6 orang & saya anak yang per-1. ada 4 perempuan & 2 lelaki. Saya sorang jer yang dah kawin & dah ada sorang. but ayah saya dah meninggal bulan 3 yang lepas....membuatkan saya lebih menghargai nilai kekeluargaan. Semoga arwah ayah ditempatkan dikalangan insan2 yang dirahmatiNya (amin).

So untuk topik kali ni, just to share the meaning of 'families'...








Friday, July 17, 2009

10 tahun akan datang,Dimana kita???

Pernah tak terfikir tentang 1o tahun yang akan datang??? Dimana agaknya kita yer??? Mudah- mudahan diberikan umur yang panjang bersama dengan kesihatan yang baik, InsyaAllah. Saya berharap 10 tahun akan datang kehidupan saya semakin maju & punya carrier yang lain plak, yang @least ada peningkatan kerjaya. Kat sini rasanya saya x mampu nak pegi jauh melihat kepada personaliti yang mentadbir..ermmmmm.....Imposible!!!! but believe me, rezeki ada dimana-mana. Huh..boleh kena heart attack kalau 10tahun lagi saya disini (minta dijauhkan laaa)
Dalam masa yang sama, untuk 10 tahun akan datang, bagi yang masih ada orang tua...jangan abaikan tanggung jawab kepada mereka, yang sedang membesarkan anak-anak, didik anak2 dengan teladan yang baik, teringat saya kpd cerita offismate saya, member dia suami-isteri, ada anak 2 orang, yang No.2 baby lagi besar2 Adam jugakla, Last time diorang ni hidup senangla..sbb laki dia football player. Disebabkan attitude yang hancos, life diorang dah tak macam dulu la...last time mewah nowdays cukup-cukup jerla. But yang paling suprise, tabiat buruk 'layan lalok' still jalan gak..n kali ni boleh layan depan anak plak.Pliz la...anak kecik lagi, siap tanya 'buat apa tu?', makbapak boleh jawab isap dadah....pehhhh....spoilt!!! Saya tak kisah langsung kat mak bapak dia, tapi anak dia kesian giler..sekarang ni bolehla mak dia jaga, dah besar nak jadi apa lak???? Please la...think bout your kids, U dah spoilt tapi janganla jahanamkan masa depan budak2 tu...kesiankan!. Sudah sampai masanya untuk berubah, sayangkan masa muda, masa tua sure merempat. Blur skejap...teringat anak sendiri, huh...semoga ALLAH masih lagi melihat & memberi rahmatNya kepada saya.
So 10 tahun akan datang, InsyaAllah kita masih bernafas dan menjadi seorang yang lebih bermakna & matang dalam menghadapi dugaan & cabaran. Jangan sesekali takut dengan ujian ALLAH, kerana ujian ALLAH semata-mata untuk mendekatkan kita kepadaNya & menyedarkan kita dr kelalaian. Amin.
Kita masih bernafas, renungkan seketika kehidupan kita...

With Loves,

Tuesday, July 14, 2009

Memang dah lama tak update blog nih dan kali terakhir ialah bulan Mac'09 time Farah balik bercuti. Kebimbangan tentang perlbagai perkara berakhir dengan pemergian ayah ke Rahmatullah pada 22 Mac 2009, akibat Advance Ureter Cancer. Semoga roh ayah tenang bersemadi disana dan mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan ayah disana. Kesedihan ini tak pernah berakhir malah tak pernah berkurangan....Ayah yang terbaik sepanjang hayat. Huh..sedihnya..inilah sebabnya kenapa saya tak pernah update blog nih. Now saya akan memulakan semula, berkongsi dengan sesiapa yang ingin berkongsi. Kisah ayah akan menjadi salah satu cerita saya kelak...bila saya bersedia untuk bercerita nanti.
Setakat ini sahaja, sbb saya masih buntu lagi. Soonest.....

Saturday, February 28, 2009

me wif my mak & ayah & Adam...really luvs them...

Sejak 2menjak nih, aku malas nak menulis. Sekarang pun aku masih blur n tak pasti nak tulis apa..memang tak layak nak jadi penulis..tapi bi,la baca tulisan orang..wlaupun cerita nya biasa-biasa jer..tapi maksudnya jelas..n kita faham..whateva.


Farah balik bercuti..3minggu..dia pegi hari tuh bulan 9..now dah nak masuk Mac 09...almost 9 mnth..& the whole family feel very happy n terharu...n aku tau ayah orang yang paling gembira. Aku tau ayah jugak sedang mengira hari kerana Farah akan balik untuk terus bekerja. But aku tak nak fikir sangat..semuanya dengan izin Allah...walaupun nnti macam nak pecah hati bila hantar dia kat klia..harap kali nih lebih sabar dan redha...huhu..


Adam dah nak masuk 9 bulan...sekejap jer dah besar n tak sabar nak tengok dia boleh berjalan. Sekarang nih dia tengan xcited nak berdiri..berlagak btul...but merangkak till now cuma setapak sahaja...takperlah...asalkan anak aku sihat n boleh gelak-gelak...enough for me. Aku bersyukur...


Hampir setiap minggu aku ada program..cuma minggu nih macam relax skit..tak pegi mana-mana...setakat melawat jaya jusco kat belakang rumah tu...hah dah bosan!!!...tapi aku pegi jugak..


Setakat ni jelah untuk malam nih...sok ker lusa ker..aku sambung balik...hmm..mata pun dah ngantuk....sok tak tau nak buat apa....sok jer lah fikir...


Friday, February 6, 2009

Whats wrong with our 'malay'

Aku tau suara aku nih just minoriti...pandangan aku nih pun klau dikempenkan memang dapat habuan ISA @ lokap je lah, dengan alasan menganggu ketenteraman awam @ paling tidak akan dilabel sebagai tidak berasas. But what happen & what's wrong with all politician kat Malaysia nih...kempen bagai nak rak memperjuangkan nasib rakyat la..nak buat tuh nak buat nih..tapi sebenarnyaa sellfish...hampeh...n memalukan!!!!
Mana perjuangan Melayu, mana undang-undang Islam, mana perpaduan kaum...ha ni semua just 'slogan'jer...yang sebenarnya perkara2 diatas telahpun dipupuk sendiri oleh masyarakat tanpa perlu diorang nih memekak berkempen..buang masadan duit rakyat 'biasa'. Ye lah diorang yang nak sangat jadi ahli pelbagai dewan, duduk atas macam2 kerusi nih dalam kata lain berharap dengan kering air liur diorang nih bertekak sesama sendiri, penat duduk dalam kereta untuk pergi bercakap jer...dapatlah memberi kesenangan kpd keluarga..upgrade la skit taraf hidup sedangkan dalam diorang menjerit2 memaki sesama sendiri...kita rakyat biasa tetap menjalankan rukun kehidupan tanpa sebarang syakwasangka terhadap satu sama lain...menjadi pekerja pada apa sahaja bangsa majikan agar hujung bulan pendapatan tetap diraih! Ini survival kita...sedangkan diorang just duduk dalam dewan aircond...bercakap dan bercakap..huh berkat ker rezeki diorang nih!!!. Bertambah mual bila diorang rasa diorang yang paling bagus & hebat...
Aku tetap seorang rakyat biasa yang tak terpandang oleh mereka...cuma aku berharap apa sahaja yang diorang nak buat..asalkan aku bisa keluar rumah tanpa rasa takut, masih mampu makan dan minum dengan selesa, masih punya wang untuk berbelanja...dan yang paling penting keluarga aku dapat menikmati kehidupan sederhana seperti hari sebelumnya dan sehingga kini...maka teruskan la apa sahaja agenda mereka. Dan aku yakin..bukan sahaja aku berfikiran seperti ini..tapi ramai lagi rakyat biasa seperti aku akan berfikiran begini!!!
Aku benci propaganda & pura2!!!!...tapi ini adalah basic @ teori yang paling penting untuk survival politik masa kini.....HUH......ada jawatan kosong lagi ker.....aku pun nak apply nak senangkan hidup aku...hua...kalau dah jumpa perigi, tak kisah la air nya kotor @ tak...orang akan cedok juga...so akal menguasai minda...fikir-fikirkan lah!!
Jumpa lagi...

Wednesday, February 4, 2009

Introduction...Sharing provides better understanding

Actually aku baru jer create blog nih, yang hari tu lynsahadan.blogspot.com tuh dah terlupa username & password sekali, frust tul. Confius gak..sebab dengan menggunakan email & password yg sama..aku dah pun create blog yang korang tgh baca nih. Disebabkan aku ni takla bijak sangat dalam bidang nih...aku buat jer yang baru..kurangla sakit hati aku...huhu!!
Tujuan aku buat blog nih pun sekadar suka2..manalah tau ada lak rezeki aku masuk melalui blog nih..hehe...and yang paling penting just want 2 share anything, anythink..apa2 sahaja..sekurang2nya melalui penulisan sahaja, takpayahla nak simpan semua dalam hati...bercerita sahaja pada helaian maya, mudah2an hati lebih senang & tenang. For me, life is about 2 share...nothing is actually meant only for YOURSELF samada happy @ sad....semuanya dikongsi BERSAMA. Terpulang pada cara kita menilai dan mengekspresskannya. So guys..tak rugi pun...korang baca @ tidak..aku akan tetap menulis. Anggap sahaja ni diary untuk dikongsi dengan semua.
At the same time, Im looking @ my old skul mate, course mate, jiran tetangga, member kejer part time, kawan2 waktu kem dulu, kawan2 adik aku, and sesiapa sahaja yang punyai minda "yang menghormati sesama manusia"!.
Yes........you are!