Memang dah lama tak update blog nih dan kali terakhir ialah bulan Mac'09 time Farah balik bercuti. Kebimbangan tentang perlbagai perkara berakhir dengan pemergian ayah ke Rahmatullah pada 22 Mac 2009, akibat Advance Ureter Cancer. Semoga roh ayah tenang bersemadi disana dan mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan ayah disana. Kesedihan ini tak pernah berakhir malah tak pernah berkurangan....Ayah yang terbaik sepanjang hayat. Huh..sedihnya..inilah sebabnya kenapa saya tak pernah update blog nih. Now saya akan memulakan semula, berkongsi dengan sesiapa yang ingin berkongsi. Kisah ayah akan menjadi salah satu cerita saya kelak...bila saya bersedia untuk bercerita nanti.
Setakat ini sahaja, sbb saya masih buntu lagi. Soonest.....
No comments:
Post a Comment